Tuesday, May 17, 2005

Ihtiram Mua'lim

assalamualaikum....first of all kaie bersyukur kepada Allah SWT kerana atas limpah kurniaNya dan hidayah dariNya mengajar kaie ape yang kaie tidak tahu...

'Allamal insana ma lam ya'lam'

seterusnya kaie dapat meneruskan pengajian di universiti....jutaan terima kasih kaie ucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar secara formal di sekolah mahupun informal....guru yang pertama mengajar kaie ialah ibu tercinta yang mendidik (rabb) kaie sejak dari lahir yang tidak tahu ape pun...tidak lupa kepada ayah yang tidak jemu-jemu mengajar kaie menjadi anak lelaki yang anak lelaki perlu belajar perit jerih mencari rezeki dan menempuhi liku-liku kehidupan.....

next, kepada guru tadika dan guru sekolah kebangsaan yang mengajar kaie pelbagai cabang ilmu....tidak lupa kepada guru-guru SMKASAS, ustaz-ustaz,warde-warden,...sesungguhnya daku tidak mampu untuk membalas jasa kalian...ku doakan kalian dianugerahkan Allah dgn balasan yang setimpal...

bila masuk peringkat universiti, pensyarah-pensyarah, kaie tidak merasa mereka adalah guru tapi mentor yang mengajar dan mendidk dalam kemesraan...terima kasih kepada Profs, Assoc Profs, Drs,Sirs, Mdms yang pernah mengajar kaie...semoga ilmu yang kalian curahkan dapat kaie guna untuk agama ,diri sendiri dan masyarakat.....

kepada golongan guru yang mengajar anak-anak bangsa tidak kira dimana kalian berada sambutla amanah ini kerana baginda rasul pernah bersabda....

'Kun a'liman au mutaalim au mustami'an au muhibban wa la takun khamisan fatahlak'

Bila menyebut hari Guru yang jatuh pada 16 May setiap tahun...semalam TPM menyatakan bahawa bermula tahun hadapan, semua-anak-anak guru akan mendapat bantuan pinjaman bantuan buku teks melainkan bagi mereka yang benar-benar kaya kata beliau dalam keadaan berseloroh....

kaie bersetuju dgn cadangan beliau sebagai menghargai jasa dan pengorbanan guru yang mengajar anak -anak bangsa..tapi ape yang kaie harapkan ialah disamping memberi bantuan itu kepaad anak-anak guru janganla terlalau ghairah sehingga anak-anak petani, nelayan, peladang, pekebun dan golongan yang tidak mampu serta yang pendapatannya amat jauh lebih rendah dari guru dianak tirikan....

kaie berpendapat bahawa golongan -golongan ini patut diutamakan lebuh dahulu atau pun atleast seiring dgn anak-anak guru...

kaie rase isu ini patut diambil perhatian sehingga sampai satu tahap bahawa tiada yang tidak layak untuk pinjaman ataupun biarla keperluan buku teks bukan sekadar mencukupi tetapi memenuhi kehendak......

tak salah rasanyer kalau kita berbuat sedemikian kerana Zaman Kegemilangan Turki Umayyah pernah mencapai satu tahap yang terbilang sehingga tiada seorang pun layak mendapat zakat kerana kekayaan negara dikongsi bersama sehingga pemuda yang mahu berkahwin ditanggung kerajaan...

Umat IslamHarus Cemerlang
Hari ini lebih baik dari semalam
Siapa kata kita tidak boleh..kita ada Allah Maha Kuasa, kita ada kuasa tenaga.......

1 Comments:

At 12:45 pm, Anonymous Anonymous said...

terima kasih anak murid blog ku... haha...

ingat jugak kau pada guru blog mu...

eh, kau pun tau lagu tu? umat islam harus cemerlang...

 

Post a Comment

<< Home