Monday, June 06, 2005

A New Hope

da lamer tak update blog...sibuk sikit akhir2 ni...

hampir seminggu muktamar PAS diadakan di PUTIK, Kelantan...kaie sebagai rakyat melihat pucuk kepimpinan PAS yang baru merupakan satu gabungan yang mantap dari 2 aspek

1. aspek yang pertama ialah gabungan ini merupakan gabungan muka baru dan lama yang Inya Allah gabungan ini mampu mengubah persepsi masyrakat terhadap PAS itu sendiri.
2. aspek yang kedua ialah satu keampuhan antara ulama' yang selama ini menjadi teras kepimpinan PAS dan golongan baru yang professional.

indicatornya, PAS tidak lagi bersikap ortodhok yang hanya akan membincangkan isu hudud dan perlaksanaannegara Islam bahkan kaie percaya bahawa kepimpinan yang baru mampu membuka pendekatan dakwah PAS ke arah yang lebih luas...kaie bersetuju dengan Pakdi bahawa kesyumulan Islam itu bukan sahaja dalam bidang Hudud tapi merangkumi aspek yang lebih luas termasuk muamalat, ekonomi, halal haram dan munakahat dan sebagainya.

mengikut observation kaie, perjuanagn PAS mula diceburi oleh golongan professional sejak 2-3 penggal yang lepas, yang maner golongan ini nampak akan relevancy of PAS, cuma mungkin several changes should be made, ala...macam Anwar mula2 masuk UMNO dulula cuma beza PAS menagamalkan konsep syura dalam penyeleasian masalah.

PAS ade Dr., pensyarah, Ir, peguam, usahawan, korporat dan bebarapa tokoh akademik yang prominent. mungkin akan datang PAS akan ader menteri jugak.

jadi tidak hairanla, dalam pemilihan semalam, perwakilan sudah mula nampak peranan besar golongan professional dalam PAS and they vote for it. ini bukanla vote for "AFUNDI Akademi Fantasia" tue tapi undi yang memberi sinar pada Islam. Ini bukan bermakna bahawa ulama' sudah tidak relevan dalam parti tapi perlu ade keseimbangan antara ulama' dan professional untuk menyampaikan dakwah yang lebih berkesan lebih2 lagi dalam era Islam Hadhari ini. PAS masih ade Majlis Syura Ulama' yang menjadi tunjang dasar perjuangan parti.

dalam kontek multi rational, seperti negara kita PAS memerlukan golongan2 professional untuk synchronize dasar perjunagan parti dan waqi' semasa. Ini amat penting kerana golongan2 professional ini lebih mudah didampingi oleh masyarakat samada muslims or non Muslims. diorang lebih rapat dgn masyarakat atas kapasiti professional. In fact penerimaan masyarakat terhadap golongan ini adalah lebih tinggi berbanding ulama' yang pendekatannya agak lebih syadid yang mungkin golongan non Muslims agak sukar untuk menerima.

kaie melihat kepimpinan professional juga sebagai satu agen pengubah tanggapan buruk masyarakat terhadap PAS itu sendiri, memang PAS bukanlah parti yang perfect as tak lari dari hawa nafsu manusia but dasar perrjuangan itu dalah lebih cenderung kepada Islam seperti yang kita harapkan "Muslims' rule". golongan professional ini mampu membetulkan salah pandangan masyrakat terhadap PAS menerusi informal dakwah mahupun formal dakwah yang sesuai.

yang kedua golonagan professional ini juga mampu untuk menjadi agen pengubah terhadap PAS itu sendiri as method of dakwah itself. mungkin dakwah secara syadid ataupun keras dapat dikurangkan dan ditambah dengan dakwah yang lebih lembut dan waqie'ah. mungkin masyarakat sekarang agak kurang berminat dengan dakwah yang bersifat kuliah di masjid selepas maghrib tapi mungkin dapat diganti dengan penglibatan secara langsung oleh professional melalui kuliah di tempat kerja di waktu zohor ataupun pagi jumaaat yang membincangkan isu2 yang waqieah yang mampu menarik minat rakan sejawat ataupun anak-anak buah. untuk rakan-rakan non- Muslims, mungkin mesej ini dapat disampaikan melalaui discussion ataupun talk atau freiendly meeeting.mungkin tindakan Pemuda PAS turun padang masuk disko and pub edar risalah juga satu usaha yang baik. since Hishamuddin and Khairy Jamaludin tak nak buat biarla, Salahuddin Ayub yang ambil alih. kaedah fiqh ade menyebut

"ma la yudraku kulluhu yudraku julluhu"
"ma la yudraku kulluhu la yudraku kulluhu"

kaeah ini bermaksud kalau tidak mampu untuk buat semua jangan tinggal semua...itulah indahnya Islam. kalau tidak boleh laksanakan hudud, kita ubah ekonomi Islam.... kalau tidak boleh laksanakan negara Islam, kita laksanakan sistem Islam...Allah yang menciptakan manusia dan manusia dijadikan memang sesuai dengan Islam...hujah islam undang2 islam tidak relevan dalam multi ratial country adalah tidak terpakai kerana Allah yang ciptakan kita semua, dan Allah lebih tahu tentang kita dari ape yang kita tahu.

kita makhluk...Allah khaliq...


mungkin....itu pandangan kaie, mungkin betul dan mungkin salah....

mungkin juga penglibatan professional dalam PAS dapat mengetengahkan alternatif-alternatif options kepada masyarakat samada dalam bidang ekonomi, muamalat, munakahat or law if current law is not really according to the percept of Islam.

mungkin insurance tidak begitu sesuai, mungkin takaful is the alternatif, mungkin cukai tidak begitu islamic in nature , mungkin sistem cukai islam is the altrnative...mungkin transaction tidak begitu Islamic, mungkin Muamalat is the alternative...

kaie berpendapat peranan professional dalam PAS sebagai agen perubah merupakan satu yang bagus dan perlu dipandang serius...who knows years to come there will be alots of professional will be joining PAS and maybe some of them IIU graduates

1 Comments:

At 11:31 pm, Anonymous Anonymous said...

InsyaAllah.. who knows you're the one? Prof. Dr. Nakaie... Nice comment. Million thousand stars for U.. :)
kak masni

 

Post a Comment

<< Home