Iza dhaqa Ittasaa'
"kill the sith we must"....
petikan daripada kata - kata Master Yoda dalam Star Wars III : Revenge of the Sith
Datuk dr. Mashitah dalam ruangan kemusykilan agama keluaran Harian Metro edisi 19 Jun menjawab soalan berkenaan hukum seorang perempuan yang melacurkan dirinya sewaktu keadan dharurah...
Kaie amat sedih apabila Dr. Mashitah telah mengeluarkan pandangan atau ijtihad bahawa dalam keadaan dharurah agama membenarkan kita untuk berbuat perkara yang diharamkankan. Dr. Mashitah telah memberi pandangan apabila ditanya berkaitan pelacuran oleh seorang wanita....
yang amat menyedihkan ialah Dr. Mashitah, menyatakan bahawa perbuatan melacurkan diri adalah dibolehkan oleh Syara' when dharurah took place.
ya...memang Syara' membenarkan dalam situasi dharurah segala mahzurat dihalalkan.
Al- Addharurah tabihu al muhzurat
kaedah fiqh pun ade menyentuh tehtang hal nie
Iza dhaqa ittasa'a
Kaie berpendapat bahawa secara amnya, memang dalam situasi dharurah certain perkara dihalalakan berdasarkan kaedah-kaedah fiqh diatas.
tapi...dalam konteks orang yang bertanya dan situasi negara kita sekarang nie, berdasarkan ilmu yang amat cetek nie Kaie rase, dharurah tidak terpakai dalam kes wanita yang bertanya tue...
alasan dharurah untuk wanita itu melacurkan diri adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak termasuk dalam konteks masyaqqah dalam Islam...adalah satu yang amat musthil untuk diterima bahawa wanita itu berada dalam situasi dharurah...dharurah sangatkah die?...
does her hardship so eminent?
adakah die sebatang kara di dunia nie?
pernahkah die mintak bantuan dari sahabat handai atau pun sedara- mara?
kalau ye pun die sebatang kara, pernahkah die mencari sumber rezeki lain selain melacur?
kalau tak mampu untuk buat kerja lain, pernahkah die mintak bantuan dari Jabatan -Jabatan Kerajaan yang berwajib?
dalam keadaan negara yang dianugerahi nikmat yang berlimpah ruah, hasil minyak mencecah RM 1000 billion, taraf hidup rakyat yang semakin meningkat, dalam situasi pemimpin negara hidup bermewah-mewahan pulak , Kaie rase amat sukar untuk menghalalkan sesuatu yang haram sedangkan dharurah itu sudah semakin sukar untuk disabitkan...
apabila hilang i'llah maka hilangla hukum...
macam arakla...haram arak bukan sebab arak bizatihi tapi sebab sifat sakr...kalau arak da hilang sifat mabuk maka ianya halal apabila bertukar menjadi cuka....
begitu juga dengan pelacuran tue...i'llah untuk menghalalkn pelacuran iaitu dharurah tidak wujud maka hukum untuk menghalalakan sesuatau yang haram (pelacuran) juga tidak wujud.
Dr. Yusuf Al Qardawi pernah mengingatkan umat Islam agar tidak dengan sewenang-wenangnya meghalalkan sesuatu yang haram atas i'llah dharurah.
Kaie memandang serius isu ini and Islam itself is very strict on this issue because kesalah fahaman umat Islam sendiri akan membawa kemusnahan kepada umat itu sendiri...ini mungkin akan menjadi panduan hidup die dan beriktikad bahawa perbuatan itu adalah dibolehkan sedangkan ianya adalah fahaman yang salah...
Kaie berharap Dr. Mashitah dan pihak-pihak yang berwajib agar dapat menyuraikan kesusutan yang berlaku dalam masyarakat dan kesalah fahaman mereka tentang isu ini. .. mungkin bagi yang faham konteks sebenar masyaqqah, dharurah dan rukhsah dapat memahami maksud Dr. Mashitah tapi bagi mereka yang kurang memahami. ..? Kaie takut this will deviate their understanding pertaining this issue.
Waallhu A'lam..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home