Saturday, January 07, 2006

Selamat Menyambut Ibadah Qurban...

foto khemah para jemaah haji ketika di Mina...name jer khemah tapi lengkap dengan air-cond , tertutup dan mempunyai tandasnya sendiri..semoga Allah merahmati keluarga Diraja KingAbd Aziz atas usaha mereka memelihara Harmain Syaraifain
(inilah foto padang arafah....sekarang sudah dipenuhi oleh pohon-pohon hijau yang diberi nama Pokok Sukarno....keluasan Arafah lebih kurang 10km...foto diambil dari Jabal Rahmah)

lagi 3 hari umat islam akan menyambut EidulAdha 1426H...sekarang ni berjuta-juta umat Islam sudah pun berada di kota Mekah more specific Arafah untuk wuquf di Arafah yang menjadi rukun haji.
sememangnya kota suci mekah amat sinonim dengan ibadat umat Islam...bermula dari nabi Allah Ibrahim Alaihi Salam sehinggala baginda rasul Muhammad S.A.W
Sebut tentang ibadat haji, ia amat sinonim dengan ibadat qurban. Allah menyebut dalm surah As-Saaffaat ayat 102

Falamma balagha maahu assa'ya qala yabunayya inni ara fil manaami inni azbahuka fanzur ma taraa qaala ya abati if'al matu'mar satajiduni insya allahu min assabirin

dalam ayat ini nabi Ibrahim membeirtahu Ismail bahawa dia bermimpi menyembelih Ismail lantas Ismail menjawab.... Buatla ...semoga dia dikalangan orang yang sabar.

kita lihat dalam ayat ini sesungguhnya Ismail seorang anak yang patuh dan taat kepada perintah Allah dan ayahnya..tanpa ragu-ragu dia mengiakan mimpi ayahnya..tanpa soal selidik dia membenarkan mimpi ayahnya itu...tanpa tapi-tapi....mungkinkah kita berbuat sedemikian?

kenapa?
kerana dia yakin bahawa mimpi itu merupakan perintah dari Allah dan bukan dari ayahnya...mari cuba kita fikirkan...setinggi itukah imna kita kepada Allah?

kemudian bergerakla kedua beranak ini keluar dari lembah Zam-Zam(Mekah) menuju ke satu bukit(di Mina)..dalam perjalanan itu nabi Ibrahim digoda oleh syaitan yang menyamar sebagai manusia yang cuba menghalang nabi Ibrahim dari menyembelih Ismail...yakin bahawa manusia itu adalah syaitan maka nabi Ibrahim pun melontar manusia itu dengan batu...
sehubungan peristiwa itu tempat nabi Ibrahim melontar batu itu syariatkan sebagai ibadat melontar yang dipanggil Jumratul Ula

tidak jauh dari tempat melontar yang kedua lebih kurang 500 meter, datang seorang manusia juga melarang ibadat qurban dilakukan.Mereka kembali melontar manusia itu denagn batu berulang kali. Untuk kali yang kedua ini tempat itu dinamakan Jumratul Wusta.
Begitula untuk jarak yang ketiga Iblis menyamar sekali lagi untuk mengahalang nabi Ibrahim dari berqurban, lantas mereka melontar manusia itu berulang kali dan ibadat itu disyariatkan sebagai Jumratul Aqabah.

(bermula dari peristiwa inilah para jemaah haji disyariatkan untuk melontar diketiga-tiga Jamrah pada 10,11,12,13 Dzulhijjah iaitu hari Tasyrik. Para jemaah juga digalakkan untuk berjalan dari Arafah menuju ke Mina sambil mengutip anak-anak batu.)

sampai saja diatas sebuah bukit(di Mina) setelah bersedia untuk menyembelih Ismail, ada buku sejarah menyatakna bahawa kali pertama nabi Ibrahim meletakkan pisau ditengkuk Ismail, sembelihannaya tidak berjaya..lantas Ismail berkata:

1.mungkin pisau itu tidak tajam lalu mengarahkan ayahnya menajamkan pisau itu...
2.mungkin Ibrahim tidak sanggup melihat isamil, lalu mengrahkan mukanya diletakan ke tanah
3.meminta kaki dan tangannya diikat untuk memeudahkan penyembelihan
4.meminta baju ayhnay diselak untuk mengelak darah dari memercik
5.meminta pakaiannya dibawa pulang kepada Siti Hajar(tanda pengorbanan)

ada juga riwayat menceritakan bahawa setalah meletakkan Ismail di atas jabin, Allah berfirman dalam surah yang sama.

Wa Naadainahu an Ya Ibrahim(104)Qad saddaqta aru'ya Inna kazalika najzilmuhsinin(105)Inna haza lahual balaaulmubin(106)wafadainahu bizibhin a'zim(107)

Lantas Allah menggantikan darah Ismail denagan darah kibas yang besar...(actually Allah menggantikan Ismail dengan kibas tatkala Ibrahim menyembelih Ismail...wa Allahu a'la a'lam)

setelah itu ibadat qurban disunatkan ke atas umat islam merdeka yang berkemampuan dan menjadi salah satu syarat untuk keluar dari ihram.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home