Saturday, July 09, 2005

Nahnu Qaumun A'azzama Allahu bil Islam

Petikan khutbah Prof. Dr. Yusuf Al- Qardhawi di London suatu ketika dahulu...moga2 kita sama- sama mendapat manfaaat darinya...

Syeikh Qardhawi memulakan ucapannya dengan memuji ALlah SWT dan salawatatas junjungan RasuluLlah SAW Beliau kemudian mengucapkan kata-kata aluanpada hadirin dengan mengungkapkan rasa bertuah dan terharu beliau dapatberpeluang menerima tetamu-tetamu ALlah di masjid itu. Dengan mengambarkan betapa bahagianya beliau bersua dengan muka-muka yang dipancari iman kepadaALlah dan dengan cahaya iman ini jugalah nanti umat Islam akan dimenangkankembali oleh ALlah SWT.ALlah SWT telah melengkapkan nikmatnya atas umat Muhammad s.a.w denganIslam.

Firman ALlah:"...Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepada mu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu menjadi agamabagi mu..."Al-Maidah [5:3]

Keistimewaan menjadi umat Islam ialah kita mempunyai di sisi kita Kitabullah dan Sunnah Rasul sebagai pedoman, terpelihara dan tidak dinodai. Dengan Islam ini kita telah ditinggi dan dimuliakan. Islam telah memperseimbangkan antara kehidupan ruh dah jasad kita, memperseimbangkan hidup kita di dunia ini dengan kehidupan yang bakal kita tempuhi di akhiratnanti.

Tetapi....Ketinggian ini ialah apabila kita berpegang teguh pada Islam. Beliau mengisahkan kejadian ketika Khalifah Umar Al-Khattab diiringi panglima perang Islam Abu Ubaydah memasuki kota Bailtul Maqdis setelah tentera Islam berjaya menumpaskan tentera Nasrani. Beliau disaran Abu Ubaydah supaya menyinsing gamisnya ketika berjalan untuk mengelakkannya terkena lumpur demi menjaga statusnya sebagai Khalifah di kalangan penduduk Baitul Maqdis yang baru mengenali beliau. Umar r.a menegur Abu Ubaydah dengan kata-kata:

"Kita asalnya adalah dari kalangan umat yang terhina tetapi ALlah telah menjadikan kita mulia dengan Islam, tetapi awas, jika kita cuba meninggalkan Islam (menerima pakai nilai-nilai yang lain) ALlah akan menjadikan kita umat yang kembali terhina."

Umat Islam pernah menjadi umat terbaik, termaju dan terhadapan selama lebih dari sepuluh abad. Umat ini pernah menjadi contoh terbaik kemanusiaan. Ia pernah menjadi pemimpin kepada seluruh manusia. Ia adalah umat pertengahan yang menjadi contoh dan teladan dalam setiap bidang kehidupan dari bidang ilmu, sosial, ketenteraan hinggalah pada pengurusan negara dan ekonomi. Pernah berlaku dalam sejarah ketika gabenor kerajaan Islam di Tunisia,Yahya bin Said merujuk kepada khalifah Islam Umar bin Abd Aziz tentang tiadanya rakyat iaitu Muslim dan Zimmi yang terdiri dari Kristian danYahudi dalam kerajaan Islam yang layak menerima zakat kerana tidak terdapat seorang pun fakir miskin dalam kerajaan Islam waktu itu. Khalifah Umar AbdAziz memerintahkan wang itu digunakan untuk menebus dan membebaskan hamba sahaya. Begitulah makmurnya negara di bawah pemerintahan kerajaan yangmelaksanakan Islam dengan sempurna.Pada satu ketika lain khalifah Umar diberitahu tentang penganiayaan yang berlaku terhadap orang Islam di bawah kerajaan Rom. Khalifah kemudiannyamengutuskan surat amaran kepada Maharaja Rom supaya berlaku adil kepada rakyatnya di kalangan orang Islam, jika tidak

"kami akan menghantar tentera yang barisan hadapannya di perkarangan istana kamu dan penghujungnya diperkarangan istana kami".

Itulah dia umat yang pernah memberi kata dua dan amaran kepada kuasa besar Rom. Sebaliknya pada hari ini kita berada dipihak yang diancam dan terancam dan musuh dengan beraninya mengeluarkankata dua kepada kita.Pada satu ketika lain ketika pemerintahan khalifah Abbasiyah HarunAr-Rashid, beliau melihat awam hitam berarak melepasi istananya di kotaBahgdad. Beliau tersenyum dan berkata,

"Wahai awan, pergilah ke mana saja dan curahkanlah airmu di mana saja pelusuk bumi ini, nanti hasil tanamannya akan sampai kepada aku"

untuk menggambarkan betapa luas dan hebatnya kerajaan Islam ketika itu. Islam pernah menjadi pemimpin kepada kemanusiaan dan pemimpin dari segi ilmu. Ketika zaman keemasan umat Islam dalam bidang keilmuan, pelajar-pelajar datang berduyun dari Eropah menuntut ilmu di universiti di negara Islam, mempelajari bahasa Arab dan berbangga mendapat pendidikan di negara Islam, sebaliknya kini, umat Islam berduyun ke Barat,menuntut dalam bahasa Inggeris dan berbangga mendapat pendidikan di negaraBarat.Umat ini telah melalui pelbagai fasa. Ia pernah memerintah dan diperintah,menakluk dan ditakluk. Memimpin dan dipimpin. Maju dan mundur. Ia jugapernah dikuasai oleh Timur dan Barat. Dari Barat, pihak Nasrani telah melancarkan sebanyak sembilan kempen perang salib dan berjaya mengusai sekitar Mediteranean dan Baitul Maqdis sebelum dibebaskan oleh SalahuddinAl-Ayubi.

Dari Timur umat Islam pernah ditakluk oleh orang Monggol yang menawan kota Islam Baghdad pada tahun 656 Hijrah. Ketika itu sungai menjadi hitam oleh dakwat dan jalanraya menjadi sungai darah. Ibnu Athir, seorangahli sejarah Islam yang menyaksikan kejadian itu menceritakan hiba dansedihnya peristiwa itu sehingga beliau berharap yang beliau tidak pernah dilahirkan di dunia ini kerana sedih yang tidak terhingga menyaksikan bencana yang dialami umat Islam ketika itu. Akhirnya umat Islam mencapai kejayaan atas tentera Monggol di Ain Jalut, Palestine pada hari Jumaat,bulan Ramadhan 25 hb tahun 658 Hijrah di bawah pimpinan seorang pemimpin hebat iaitu Mahmood Sayfud-Deen al-Qutuz. Tentera Islam hampir kalah,apabila al-Qutuz melempar topi perang yang dipakainya dan dengan keberanian yang luar biasa merempuh benteng pertahanan Monggol sambil menjerit

"waislama, waislama" (Demi Islam, Demi Islam).

Kemudian berlaku pula fasa penaklukkan oleh kuasa-kuasa Barat. Seluruh empayar Islam kecuali Semenanjung Arab dijajah hinggalah ke timur jauh di Indonesia yang umat Islamnya seramai 50 juta dikuasai oleh Belanda yang mempunyai hanya 5 juta penduduk. Akhirnya umat Islam bangkit danmembebaskan diri mereka dari penjajahan dan tanah jajahan terakhir umat Islam oleh kuasa Barat ialah Algeria yang merdeka dari Perancis pada tahun1965.Hari ini umat Islam menghadapi krisis semula. Krisis yang menguji ketahanan, aqidah dan jatidiri umat ini. Umat islam dari segi realitinyaadalah ramai - berjumlah lebih 1.3 billion di seluruh dunia. Kita juga memiliki tanah yang luas, tasik, kawasan lautan dan telaga minyak yang banyak. Kita juga memiliki petunjuk terakhir yang dikurniakan ALlah untuk umat manusia Al-Quran sedangkan umat Yahudi dan Nasrani telah hilang pedoman dan sumber yang mereka miliki telah dicemari dan tidak asli. Malangnya, walaupun dengan memiliki segala kelebihan ini, umat Islam gagal memafaatkannya dengan baik dan berkesan. Kita telah menjadi umat yang terbelakang dalam segenap bidang.Mehnah yang terbesar melanda umat Islam masa kini ialah perancangan jahat rejim Zionis Yahudi. Setelah mereka berjaya merampas tanah umat Islam Palestine pada tahun 1948, mereka tidak henti-henti melakukan kekejamanterhadap umat Islam dengan dasar-dasar mereka yang racist dan kejam. Dengan menganggap diri mereka sebagai pilihan Tuhan, mereka telah menghalalkan penganiayaan, pembunuhan dan pengusiran umat Islam. Umat Islam yang cuba menentang disembelih tanpa belas kasihan oleh Isreal. Sekutu dan pendokong kuat rejim zalim ini tidak lain ialah USA. Amerika telah membekalkan Isrealdengan persenjataan dan memberi bantuan penuh dari segi ekonomi.Apa yang sedang berlaku di Teluk sekarang ini juga tidak lari dari perancangan jahat Yahudi. Apa yang berlaku sebenarnya ialah 'war of markets'. Apakah sebenarnya yang mereka inginkan di Iraq? Adakah Saddam menjadi matlamat mereka? Sedangkan mereka yang membantu Saddam dalam perang dengan Iran dan bahan kimia untuk membunuh pihak penentang Kurdis di utaraIraq. Saddam pernah diberi amaran oleh USA sebelum ini, tidak ada negara di Teluk akan dibiarkan menjadi kuat dan berkuasa kerana ia akan menjadi ancaman kepada keselamatan Isreal.Matlamat Amerika dalam perencanaan perang di Teluk ialah untuk melemahkan seluruh Timur Tengah agar tiada kuasa yang mengancam kekuasaan Israel. Danjuga menguasai hasil mahsul buminya yang utama - minyak - demi menjayakan perancangan perluasan Isreal. Matlamat akhir kempen Amerika di Teluk ialah untuk menghancurkan Islam. Kesemua alasan menentang 'terrorism' adalah dicipta supaya menghalalkan tindakan mereka. Peristiwa 11 September dijadikan alasan untuk menghancurkan Islam (walaupun Dr. Yusuf al-Qaradawisendiri tidak bersetuju dengan perbuatan membunuh orang awam seperti 11 September dan peristiwa Bali). Umat Islam dituduh melakukannya walaupun tiada bukti sahih mengatakan ia dilakukan oleh orang Islam. Sekali pun katakan, jika benar ia dilakukan oleh Bin Laden, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menghukum umat Islam keseluruhannya. Apa yang diperjuangkan Bin Laden pun jauh berbeza dari apa yang didukung oleh Saddam. Kedua-dua isu ini tidak berkaitan tetapi telah dijadikan alasan yang legitimate oleh Amerika dan sekutunya untuk menyerang negara umat Islam.Amerika telah muncul sebagai kuasa besar dunia yang telah bertindak sebagai 'tuhan' (Illah). Ia kini merasa berkuasa menetapkan apa yang benar dan apayang salah. Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam terjajah oleh Baratpertama kalinya selepas perang salib kerana adanya pemimpin Islam yangmenjadi talibarut penjajah dan menjual negara dan agamanya demi keuntungan dunia yang sedikit. Kejadian ini berulang lagi. Umat Islam tidak akan dapat dikuasai jika tidak dibantu oleh segolongan umat Islam ini sendiri yangberpaling tadah dan mambantu musah. Kuasa jahat diketuai Amerika dan didalangi Yahudi telah sampai kekemuncak kezaliman mereka dan umat Islam telah pun melalui fasa terburuk dalam sejarah mereka. Adalah menjadi sunnatullah bahawa apa yang akan berlaku seterusnya ialah ALlah akanmenghancurkan kuasa yang batil ini sehancur-hancurnya dan kebenaran akan ditegakkan semula di muka bumi ini.Firman ALlah SWT:

"Dan katakan: Apabila datang kebenaran, akan musnahlah kebatilan" al-Isra'[17:81]

ALlah SWT tidak akan membenarkan kezaliman berleluasa dan berpanjangan.Kezaliman tidak akan berkekalan dan akan menghadapi kehancuran. Kita sebagai umat Islam yang beriman mestilah bangun menentang kezaliman kerana kezaliman itu merampas Hak ALlah dan kita tidak bertuhankan selain ALlah.Kita mesti bangun dan membantu saudara-saudara kita yang sedang bergelut menentang kezaliman dengan apa saja cara yang kita mampu. Kita mesti bangun dan menyatakan pendirian dan penentangan kita terhadap kezaliman yang dilakukan keatas saudara-saudara kita. Kita mesti membantu saudara kita di Palestine dan sama-sama keluar berarak dalam menyatakan protes dan penentangan kita terhadap perang di Teluk. Kita mesti berusaha semaksimum mungkin untuk mencegah Amerika dari melaksanakan kempennya di Teluk.

Wallhu A'alam....Khaibar-Kahibar Ya Yahud...jaisyu Muhammad saufa Ya'ud