Saturday, December 24, 2005

I miss You...so much....


baru selesai ziarah wida' makam rasullullah....bersiap nak berangkat ke Mekah....Demi Allah yang memiliki kerajaan langit dan bumi...sesungguhnya aku amt merindui madinatirrasul....Ya Allah janganla Kau jadikan ziarah aku kali ini ziarah yang terakhir...Amin.....






Gambaran para jemaah menunaikan tawaf....kira-kira jam 6.30-7.00 pagi

Selama nie Kaie hanya pernah melihat, mendengar, menonton Harmaini Syarifaini jek...setiap kali orang balik dari Mekah mesti merindui nak pergi ke sana lagi...

Kaie pernah dengar citer lambaian Baitullah...lambaian Kaabah dan macam-macam lagi....
5-6 tahun lepas, Ayah Bonda pergi ke Mekah buat Haji...then diorang balik,Ayah Bonda selalu sangat berkata mereka merindui Kaabah....Kaie tak faham seronok macam maner yang diorang rase...tak pela....tahun lepas pakcik Kaie pulak buat Haji...balik dari Mekah dia pun rasa yang sama macam Ayah Bonda rase.

kaie tertanya2 lagi...rase macam maner?

sem 3 lepas Ubai, Mukhriz dan Sayuti berpeluang gi Mekah belajar kat sane lebih kirang 2 bulan....balik tue diorang pun ucap kalimah yang lebih sama...

tak perla...Bulan ramadhan yang lepas kaie "dipilih" oleh Allah untuk menziarahi Harmaini Syarifaini bersama ayah dan bonda...sebelum pergi memang takut sangat sebab takut2 kalau hamba yang berdosa ini tidak layak untuk ke sana lantas Allah uji dengan macam2 ujian..mane tahu...sesungguhnya diriku ini amat kotor dengan dosa-dosa....memang tak percaya...rase macam mimpi....
member2 kat bilik lak sakat macam-macam....ade yang kate tak nampak Kaabah la...masjid nabawi hilang...dan bermacam-macam lagi....

Sampai je kat sane...Kaie rase macam tak nak balik Malaysia....rase macam kepusaan yang mengatasi kepuasan fiddunia wasamawati wama fihin.....ntah ....satu perasaan yang sukar untuk dilafazkan...sukar untuk dizahirkan.....tiada bahasa secantik rase....

baru kaie faham macam maner perasaan para perindu Haramanini Syarifaini....baru Kaie tau aper yang diorang rase...baru kaie tahu aper yang diorang rindu....Subhana Allah yang memelihara Harmaini Syarifaini....
frankly speaking kepuasan yang teramat sangat sehinnga Kaie tak teringat langsung nak balik Malaysia....

pepatah Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri tidak terpakai kat Mekah dan Madinah....biar hujan batu kat mekah dan madinah hujan emas kat negeri sendiri, Kaie pilih untuk hidup di Mekah dan Madinah....

Ape yang membuatkan orang yang pernah pergi ke sana merasa rindu nak ke sana ek?

Monday, December 05, 2005

Membangun bersama Islam

Berita Minggu edisi 4/12/05 ade menyiarkan bahawa ada pemimpin UMNOyang mengatakan bahawa motto PAS, Membangun Bersama Islam sudah tidak relevant.
Kaie nak nyatakan di sini bahawa, implikasi daripada kenyataan itu boleh membawa kepada tersasr iktqad.
Ironinya, kalau dia berkata sedemikian, so, ape slogan yang perlu kita bawa?
adakah dia bemaksud untuk menyatakan bahawa kita perlu membangun bersama Nasrani, membangun bersama Yahudi,Buddha, membangun bersama Hindu, dan lain-lain agama?

mungkin jugak dia nak nyatakan bahawa slogan PAS itu sudah tidak relevant as kononnya agenda PAS sudah tidak lagi relevant.kalau itu yang yang dia maksudkan sebagai seorang menteri yang beragama Islam, ucapan itu tidak sepatutnya diucapkan,kerana boleh membawa kepada tersasarnya i'ktiqad bahawa Islam sudah tidak relevant....
sebagai umat Islam yang kita menghuni bumi Allah, menghirup udara Allah,berjalan atas bumi Allah, menikmati nikmat dari Allah..sesungguhnya tiada cara lain untuk kita membangun melainkan bersama Islam...kalau nak attack PAS, attack PAS as PAS per se, jangan attack Islam generally.Ini boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.

sebut pasal mmbangun bersama Islam, kekadang, Kaie pelik kenapa dalam certain aspects, umat Islam, mengikut kehendak Islam, kenapa certain aspcts tidak mengikut kehendak Islam?
adakah Quran itu pelu diikuti sebahagian jer...?
"afa tukminuna bi ba'di alkitab wa takfuruna bi ba'dih"

kenapa dalam bab kematian baru perlu mengikut ajaran agama?
kenapa setiap kali kematian baru perlu nak pakai tudung, itupun rambut masih keluar....kenapa perlu ikut ajaran Islam lak?....kenapa perlu pakai tudung certain-certain time jer.

kenapa ajaran Islam hanya perlu diikuti dalam bab-bab rituals (ibadat) sahaja?
Islam bukan agama bersifat ritual sahaja...Islam meliputi setiap aspect kehidupan...Ini yang membezakan Islam dan agama lain yang hanya besifat ritual seperti agama Hindu..

tapi yang peliknya apabila bicara soal hiburan, kita tidak pulak mengikut ajaran Islam?
hiburan tak ade dalam Islam ke? mesti nak ikut hiburan cara barat...ape qiblat kita?
Baitullah ke New York city?
mungkin manusia lupa bahawa Allah mencipta manusia,dan Allah lebih dahulu tahu ape yang manusia tak tahu..soal hiburan untuk mausia memang sudah diciptakan Allah sejak azali sebelum kita kenal ape itu hiburan...jadi tak timbul soal hiburan tidak wujud dalam Islam, ia wujud dan yang membezakan antara hiburan yang halal dan yang haram ialah cara manusia menterjemahkan dalam kehidupan.

sebagai contoh, kerajaan PAS Kelantan menganjurkan konsert tautan kasih 2 bualn yang lepas kir-kira 4- 5hari sebelum ramadhan...beza dari konsert yang dianjurkan oleh UMNO.
1.entrance lelaki dan perempuan diasingkan...
2.solat dilakukan secara jemaah
3.konsert dilakukan selepas solat
4.dimulai dengan tazkirah dan puji-pujian kepada Allah.
5.mendekatkan diri dgn Allah

pernahke UMNO anjur konsert sedemikian?
Taubat lahum....menjauhkan diri dari Allah lagi ade la...
tu pun masih ade yang kutuk PAS..
nak ajak mendekatkan diri kepadaAllah pun kena kutuk ke?
mendekatkan iri dgn yaitan disokong lak....

begitu jugak bila bicara soal pembangunan, kenapa tidak mahu membangun bersam Islam?
ape istilah membangun tak der dalam kamus Islam ke?
kenapa kerajaan Islam Madinah yang dibentuk oleh baginda rasul dianggap masyarakat madani?
kenapa kerajaan khalifah Umar Abd Aziz, boleh membangun sehingga no any single person entitled to the zakat..sumenyer mampu untuk menampung kehidupan sendiri.... kerajaan kita?
pemimpin hidup mewah...rakyat..lak?
buktinya Bersama di TV3 malam tadi....

kenapa tidak yakin dengan Islam?
kalau kita umat Islam sendiri pun tidak yakin dengan Islam, apakah kita akan harap orang bukan Islam,nak yakin dengan Islam? kalau kita umat Islam taknak sokong Islam, sape nak sokong Islam?
nak harap Sisters in Islam?
nak harap Puteri UMNO?
Janganla harap....
lagi sedih kalau orang bukan Islam pun yakin dengan Islam, kita yang mengaku umat Islam pulak tak yakin dengan Islam.

kaie brpendapat bahawa, jikalau ade 2 golongan yang hendak kepada Islam, maka kita hendaklah memilih kepada gologan yang Islamnya lebih dari golongn yang satu lagi walaupun satu jengkal jer lebihnya.
Begitu jugak dgn PAS dan UMNO, kaie admit that kerajaan Pak Lah nak bawa Islam,PAS pun nak bawa Islam tetapi Islam yang nak dibawa oleh PAS nampak jelas dan lebih sedikit dari ape yang nak dibawa oleh Pak Lah.

so...where are we?

Saturday, December 03, 2005

Pangkalan Pasir

lagi 2-3 hari sebelum hari mengundi di Pangkalan Pasir, Kelantan.
Pangkalan Pasir menjadi tumpuan seluruh negara...
kali nie BN/UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas kembali Pangkalan Pasir daripada PAS sejak 1995.

yang menariknya, kali ini, UMNO menggunakan seluruh jentera Kerajaan untuk berkempen di Pangkalan Pasir. mereka menggunakan bermacam-macam cara, tipu helah untuk menjatuhkan PAS,merampas Pangkalan Pasir..Antaranya...

1. Dato' Annuar Musa mencabar Tok Guru untuk membubarkan DUN Kelantan dan mencabar wakil rakyat PAS untuk meletak jawatan. Mungkin Annuar Musa tidak tahu undang-undang.Standing Order pilihanraya yang juga diluluskan oleh wakil rakyat UMNO menyebut bahawa mana-mana wakil rakyat yang meletak jawatan , mereka tidak dibenarkan bertanding untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.Melihat situasi ini Pak Lah cepat2 mintak perkara ini dihentikan segera. Ye la, da la UMNO Kelantan tak de figure-figure yang berwibawa, nak suruh letak jawatan pulak..

2. Dato' Najib lak menyatakan bahawa UMNO akan membina sebuah universiti di Kelantan jika mereka menang di Kelantan..uikks..ade syarat lak. kalau betul-betul ikhlas nak bina universiti, bina jer la, tak perlu bersyarat pulak..kenapa ader syarat...bukankah tanggungjawab menyediakan pendidikan untuk rakyat adalah tanggungjawab kerjaan pusat.
mungkin menteri boleh tipu orang yang tidak tahu tapi, tidak mereka yang tahu, Perlembagaan Persekutuan (List 1 Ninth Schedule) tertulis

13 (a) Elementary, secondary, and university education; vocational and technical education, training of teachers; registration and control of teachers; managers and schools; promotion of special studies and research; scientific and literary societies;

buat makluman, list 1 jadual 9 adalah kuasa-kuasa kerajaan pusat..isu pendidikan termasuk pembinaan universiti di bawah kuasa kerajaan pusat,so, memang bukan tanggungjawab kerajaan PAS untuk bina universiti..kerajaan pusat la yang kena bina...mungkin Dato' Najib tak sempat baca list 1 jadual 9 kot...AG lupa advice Dato Najib ke? atau
memang kerajaan pusat taknak bina universiti untuk rakyat Kelantan takut lebih ramai rakyat Kelantan yang tahu hak-hak mereka.

tambahan pulak Article 9 Perlembagaan Persekutuan juga tertulis

(1) Without prejudice to the generality of Article 8, there shall be no discrimination against any citizen on the grounds only of religion, race, descent or place of birth -
(a) in the administration of any educational institution maintained by a public authority, and, in particular, the admission of pupils or students or the payment of fees;

sepatututnya universiti telah dibina di Kelantan atas tanggungjawab kerajaan pusat, tapi sebab kerajaan mengambil sikap double standard ke atas rakyat Kelantan. Maka universiti hanya akan dibin ajika menang..jika tak menang lagi 20 tahunmaka lagi 20 tahunla negri Kelantan tak der univesiti...
cuba bayagkan..kalau selama-lamanya tak menang....?
There should be built a universiti because of rights not for favours..ni kan pulak tidak, university nak dibina jika menang jer..kalau kalah.maka tak der universiti la ek?...ikhlas ke tue?


2. hampir seluruh menteri kabinet Pak Lah turun ke Pangkalan Pasir untuk bekempen.Semua menaburkan janji-janji kosong untuk memajukan kelantan la konon..sekarang baru nak datang Kelantan,.time pilihan raya, kalau tak der pilihanraya maka tak datang la ke Kelnatan jenguk rakyat...kalau alasan dulu sibuk, kenapa masa pilihanraya ade pulak masa...masing-masing turun mengikut fortfolio masig-masing.

2.1 Kak Jat, memujukwanita Kelantan kononnya nak menaik taraf hidup wanita Kelantan yang hidup tanpa pembelaan dibawah PAS. Dibawah PAS rakyat Kelatan tak maju, mundur,ketinggalan dan sebagainya..mungkin pembelaan kan dibuat sehingga agama pun di tolak ketepi...nak bagi sama rata macam oang lelaki...hak yang sama dengan anak lelaki seperti dalam faraidh kot...

Kak Dah...pulak?janji..ape..nak bagi AP kot.

nasib baik Azalina kat Bacolod City, untuk sukan SEA, kalau tidak di pulak nak bina sports complex kat Pangkalan Pasir kot.

lain pulak dgn Muhyiddin Yassin, 1/12/05 dia bagi baja untuk rakyat Pangkalan Pasir.Dgn kempen baja untuk semua, dia baji baja untuk pancing undi.

kalau tegok berita kat tv1,tv2,tv3 lagi sakit hati...seolah-olah tak de satu pun yang dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan. Isu perparitan tak selesai, taraf hidup mundur, rumah usang, orang melayu tidakdibela dan sebagainya..pendek kata kerajaan PAS tidak membawa pembangunan kepada penduduk Pangkalan Pasir.

isu pembangunan yang dibawa olehUMNO ek.
Kaie ade hujah yang kukuh bahawa UMNO lagi gagal membawa pembangunan kepada rakyat.Saya cabar jurukamera tv1,tv2,tv3 panjangkan sikit lensa kamera diorang,cuba pergi ke DUN sebelah Pangkalan Pasir, DUN Tendong yang ADUNnya adalah orangUMNO, memang pembangunan lebih teruk dari pembangunan Pangkalan Pasir.Kalau semua tak percaya, boleh pergi ke DUN Tendong.

Tv1,tv2,tv3 sibuk menayangkan video temuramah dengan rakat Kelantan yang telah dibayar untuk ke udara di tv,(buleh la ke dio kain batik sehela de duik 20 riya)
yang menyatkan bahawa Kelantan mundur,peluang pekerjaan takder dan sebagainya.kalau temuramah tue, memang takkan ade yang berkata Kelantan bagus..semuanyer teruk...jadi tu la sebab diaorang berhijrah ke KL or negeri lain.

cuba kita fikirkan, kenapa tambak johor sesak setiap pagi dan petang menuju ke Singapore?
orang pergi melancong ke Singapore ke?
mungkin ade..., tapi lebih ramai orang pergi kerja kat Singapore..dianggarkan lebih 50000 penduduk Johor Bahru berulang alik ke Singapore mencari nafkah kat sana...
ape Johor tak maju ke?
tak der pembangunan kat johor ke?
ADUN/MP Johor Bahru sape?
Pas ke UMNO?
setahu kaie, DUN negeri Johor yang dimenangi PAS hanya Pengerang jer...
DAP kot....

Begitu gak kat Negeri Sembilan,mungkin YB UMNO terlupa nak kaji kenapa Tol Sungai Besi setiap pagi dan petang (ghuduu wi wal asol) sesak/jammed berjam-jam....
Kaie nak bagitau sesak sebab orang Seremban/Nilai/Negeri Sembilan datang cari kerja kat KL...
ape Seremban tak maju ke?
tak der pembangunan kat Seremban ke?
Sape ADUN Seremban?
PAS gak ke?
KeADILan kot.....
yang pasti bukan PAS.
Shahrir Samad tahu kot.....

mungkin Khairy Jamaludin perlu ambil nie sabagai hal serius untukbangunkan Seremban kerana dia orang Seremban...then dok kutuk Kelantan ....
mungkin alasan nak cari rezki lebih...datang ke KL...datang kerja kat Singapore....
so... salah ke orang Kelantan mencari rezki lebih kat KL....nape perlu discriminate orang Kelantan yang datang ke KL mencari rezki...

nape tv1,tv2,tv3 tak pernah pun temuramah orang Seremban ke orang Nilai orang Negri Sembilan kenapa datang menacari rezki kat KL?
nape tak pernah temu ramah orang-orang JB kenape cari kerja kat Singapore?....
kan ke bias namenye tue....
ape rakyat negeri lain takder datang ke KL cari kerja/cari rezki lebihke?
ni ke namanya demokrasi...?