Friday, May 26, 2006

Uswatun Hasanah

Kisah 1

Sewaktu di akhir-akhir hayat Rasulullah s.a.w baginda masih teraba-raba di bawah bantal baginda lalu dikeluarkan uncang yang mengandungi tujuh dinar wang emas lalu berpesan kepada Siti Aisyah agar dinafkahkan kepada fakir miskin.

Siti Aisyah yang sibuk menjaga baginda seakan terlupa, sehingga baginda sedar dan bertanya sudahkah dinafkahkan kepada fakir miskin.Sabda baginda,
" Aku risau apakah yang akan dijawab kepada Allah bila bertemuNya nanti,sedang dalam rumahku ada tujuh dinar wang emas dan di luar sana masih ada lagi orang miskin yang belum makan"

Kisah 2
sewaktu peperangan Tabuk dan tanah Arab dilanda musim panas umat Islam menghadapi kesukaran material. Rasullullah s.a.w lantas mengumumkan sesiapa yang ingin menginfakkan hartanya boleh berbuat demikian.

Saidina Umar r.a senyap-senyap bertemu baginda lalu berkata "Ya Rasullullah! Aku nafkahkan separuh daripada hartaku untuk Islam". Tetapi Saidina Abu Bakar juga senya-senyap datang berjumpa Rasulullah dan berkata. "Ya Rasullullah! Aku nafkahkan seluruuh hartaku untuk Islam". Rasulullah bertanya, kalau seluruh harta diserah apa yang kau tinggalkan untuk keluargamu? Jawabnya."Allah dan Rasul"

Masya Allah begitu hebat akhlak pemimpin agung dan kesan tarbiah selama 22 tahun.

Kita?...Tepuk dada tanya iman

Sunday, May 14, 2006

Himpunan Perdana Selamatkan Kerajaana Hamas

Salam....Da lama tak update.......sejak akhir-akhir ni busy sikit...

PAS berjaya menghimpunkan lebih RM581 ribu dalam majlis Himpunan Perdana 'Selamatkan Kerajaan Hamas'
Di kesempatan ini kaie nak ucapkan tahniah kepada PAS kerana berjaya mengutip kira-kira RM 581 ribu dalam Himpunan Perdana Selamatkan Kerajaana Hamas di Taman Melewar malam tadi....

Mungkin ini bukan satu usaha pertama arau terakhir atau seumpamanya. Kaie mengharapkan usaha- usaha mulia seperti ini akan diteruskan oleh lain Pertubuhan Muslims ataupun Persatuan Muslim yang lain.

Namun begitu, Kaie masih lagi mengharapkan sesuatu usaha yang berbentuk monetary yang akan dilakukan oleh Pak Lah untuk membantu Kerajaan Hamas.

Kalau Pas yang hanya mempunyai kurang dari 2 juta ahli yang berdaftar boleh mengumpul duit dalam satu malam atau sekurang-kurangnya melakukan sesuatau yang berbentuk monetary untuk membantu rakyat Palestin , adversely tidakkah UMNO yang berbangga dengan Pertubuhan Politik yang tertua di dunia dan mempunyai lebih dari 2 juta ahli tidak mampu berbuat ape-ape?
Tepuk dada tanya selera.....

1.Kalau sambutan 60 tahun UMNO boleh spent RM 2-3 juta, tak kan sedikit pun xboleh nak donate untuk rakyat Plaestin.
2. Adakah Pengerusi OIC hanya melihat rakyat Palesstin sengsara, sedangkan kita mampu untuk membantu Hamas.

Mamang OIC dah jadi...OOOO...I..C